Cara Dapatkan Semula Nombor Expired.

Simkad anda akan EXPIRED selepas 45 hari sekiranya tiada tambah nilai selepas kredit tamat tempoh(validity period). Kebiasaannya anda akan mendapat SMS makluman mengenai tarikh simkad anda akan expired (contoh "Your account validity period is over, Please Topup before your SIM expiration date 12-DEC-2021"), pastikan anda tidak mengabaikan mesej ini untuk mengelakkan simkad anda expired.  

Namun jika simkad anda terEXPIRED juga, anda masih lagi boleh mendapatkan no.lama anda. Untuk mendapatkan semula no. tel yang telah expired, pastikan no. tersebut tidak melebihi dari 30 hari selepas expired, jika no. tersebut adalah no.asal tunetalk atau tidak melebehi 21 hari bagi no.yang di port-in dari telco lain. Jika anda tidak pasti, sila rujuk dahulu dengan HQ, boleh gunakan livechat di aplikasi HaloGo (jika ada) atau di 'link' ini : https://www.halogo.my/live-chat/  


Jika anda pasti simkad tersebut baru sahaja expired. Anda boleh mendapatkannya semula dengan mengikuti langkah dibawah :

LANGKAH 1
Langkah pertama, dapatkan simkad HaloTelco terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkannya melalui Penaja anda, stesen Petronas terpilih, atau dari mana-mana wakil pengedar simkad HaloTelco.

LANGKAH 2
Muat-turun Aplikasi Tunetalk di Google Play, kemudian Aktifkan simkad yang anda beli menggunakan aplikasi tersebut.

LANGKAH 3

Setelah simkad aktif dan anda mendapatkan no.baru, topup RM50 ke no.baru tersebut, kemudian barulah anda boleh livechat dengan customer service untuk mendapatkan semula no.anda yang expired.